Pusat Kanser Brunei anjur Majlis Khatam Al-Quran

Pusat Kanser Brunei anjur Majlis Khatam Al-Quran

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Pusat Kanser Brunei (TBCC), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran 1437 Hijrah yang berlangsung di Surau TBCC.

Majlis yang dihadiri oleh para kakitangan dari TBCC itu, turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi selaku tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, sebelum diikuti dengan bacaan Tahtim dan Dikir Marhaban beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Keagamaan TBCC, Haji Ishkandar bin Haji Buntar.

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain semasa menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Surau TBCC.
Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain semasa menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Surau TBCC.

ARTIKEL YANG SAMA