Pusat Kawalan PBB kutuk periuk api Korea U

Pusat Kawalan PBB kutuk periuk api Korea U

SEOUL, 23 Ogos – Korea Utara telah meletakkan periuk api baru di tepi Zon Bebas Tentera (DMZ) dengan Korea Selatan, kata Pusat Kawalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, berikutan siri pembelotan berprofil tinggi.

Kakitangan tentera dilihat menanam periuk api di tepi penyeberangan sungai Korea Utara yang dikenali sebagai Bridge of No Return – dekat dengan sempadan kampung damai sementara Panmunjom, kata jurucakap Pusat Kawalan PBB, yang menyelia perjanjian gencatan senjata Perang Korea memberitahu AFP.

Dalam satu kenyataan Pusat Kawalan PBB mengutuk ‘keras’ kegiatan Tentera Rakyat Korea.

“Kehadiran sebarang mana-mana alat atau pembekalan alat senjata di atau berhampiran jambatan sangat membahayakan penduduk di kedua-dua belah pihak,” katanya.

Kenyataan itu menambah bahawa ribuan pengunjung – biasanya budak sekolah – mengambil bahagian dalam jelajah ke DMZ.

DMZ yang memisahkan dua Korea itu merupakan salah satu sempadan tentera yang paling ketat di dunia, yang penuh dengan menara kawalan dan periuk api. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA