Pusat Kesihatan Berakas mula beroperasi

Pusat Kesihatan Berakas mula beroperasi

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Penduduk Mukim Berakas A, Mukim Berakas B, RPN Perpindahan Lambak Kanan dan sekitarnya kini mempunyai pusat kesihatan yang lebih moden, komprehensif, kondusif dan lengkap dengan pembukaan Pusat Kesihatan Berakas bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zukarnain bin Haji Hanafi mengadakan kunjungan untuk meninjau lebih dekat pusat berkenaan beroperasi pada hari pertama.

Wartawan Media Permata telah membuat tinjauan ke pusat kesihatan yang terletak di RPN Lambak Kanan bersebelahan Masjid Perpindahan Lambak Kanan itu, dan berkesempatan menemu bual beberapa orang pengunjung.

Haji Abdullah Tahir dari Mukim Berakas B berkata, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan telah mencapai keutamaan strategik kementerian untuk memantapkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan melalui penyepaduan perkhidmatan, kemudahan serta infrastruktur yang sedia ada.

Ketua Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri Mukim Berakas A, Haji Hamdani bin Haji Omar pula mewakili penduduk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana membukakan pusat kesihatan baru yang dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih profesional, cepat dan kondusif.

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bersama penghulu mukim dan ketua kampung semasa meninjau Pusat Kesihatan Berakas kelmarin.
Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bersama penghulu mukim dan ketua kampung semasa meninjau Pusat Kesihatan Berakas kelmarin.
Dr. Haji Zulhilmi semasa memberi taklimat pada sidang media.
Dr. Haji Zulhilmi semasa memberi taklimat pada sidang media.
Haji Hamdani ketika ditemu bual oleh media mengenai perkhidmatan Pusat Kesihatan Berakas baru itu.
Haji Hamdani ketika ditemu bual oleh media mengenai perkhidmatan Pusat Kesihatan Berakas baru itu.

Menurutnya, kemudahan-kemudahan yang diberikan di pusat kesihatan baharu ini juga membukakan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan yang tidak ada di Pusat Kesihatan Anggerek Desa bagi penduduk Mukim Berakas A.

Dayang Lailatul Qudus dari Kampung Manggis Satu memberitahu perkhidmatan kesihatan di pusat kesihatan yang baru ini dibukakan secara menyeluruh, di mana terdapat tempat pengambilan darah, gigi dan banyak yang boleh menjimatkan masa.

Media Permata juga berkesempatan menemu bual Pemangku Pakar Penjagaan Kesihatan Asasi, Pusat Kesihatan Berakas, Dr. Haji Zulhilmi bin Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah yang mengulas bahawa jumlah penduduk dalam kawasan tadahan bagi Pusat Kesihatan Berakas adalah lebih 70,000 orang.

Pusat Kesihatan Berakas menawarkan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dengan penyepaduan perkhidmatan empat buah pusat atau kemudahan kesihatan iaitu Pusat Kesihatan Berakas A, Klinik Kesihatan Perpindahan Lambak Kanan dan Klinik Kesihatan Sungai Hanching.

Pemandangan di luar kawasan Pusat Kesihatan Berakas yang menawarkan sekitar 200 petak letak kereta.
Pemandangan di luar kawasan Pusat Kesihatan Berakas yang menawarkan sekitar 200 petak letak kereta.
Ahli paramedik bahagian kecemasan siap sedia memberikan perkhidmatan cemerlang.
Ahli paramedik bahagian kecemasan siap sedia memberikan perkhidmatan cemerlang.
Bahagian Perkhidmatan Pergigian.
Bahagian Perkhidmatan Pergigian.
Perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak.
Perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak.

Inisiatif penyepaduan itu bertujuan untuk mencapai salah satu keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu untuk memantapkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan melalui penyepaduan perkhidmatan, kemudahan serta infrastruktur yang sedia ada.

Ia juga dihasratkan untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggan atau orang awam serta untuk mengurangkan pembaziran.

Pusat Kesihatan Berakas dibina dengan berdasarkan tiga matlamat iaitu untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik, menjadikan pusat itu sebagai Pusat Kesihatan Sehenti dan giat terlibat dengan kegiatan kesihatan masyarakat setempat.

Perkhidmatan-perkhidmatan teras yang disediakan termasuk Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi seperti Klinik Umum, Klinik Flu dan Klinik Penyakit Kronik, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Pergigian, Perkhidmatan Klinik Mata, Perkhidmatan Farmasi, Perkhidmatan Penjagaan Pemakanan dan Perkhidmatan Pengambilan Darah.

pg04_160517_i

pg04_160517_h

Bilik tempat menimbang berat anak damit.
Bilik tempat menimbang berat anak damit.
Salah sebuah kafe yang beroperasi di pusat kesihatan itu.
Salah sebuah kafe yang beroperasi di pusat kesihatan itu.
Bilik Gimnasium antara kemudahan yang terdapat di pusat itu.
Bilik Gimnasium antara kemudahan yang terdapat di pusat itu.

Di samping itu, pusat kesihatan berkenaan juga akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan yang sebelum ini tidak diberikan di pusat-pusat kesihatan yang lain seperti Perkhidmatan Rehabilitasi, Perkhidmatan Kesejahteraan Komuniti (Psikiatri), Perkhidmatan Klinik Cara Hidup Sihat, Perkhidmatan Radiologi (X-Ray) dan Perkhidmatan Paramedik.

Dr Haji Zulhilmi juga berkata, bagi memastikan pemberian perkhidmatan yang cemerlang dan selesa kepada pelanggan-pelanggannya, pusat kesihatan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pesakit dan pengunjung termasuk surau, bilik penyusuan susu ibu serta sekitar 200 petak tempat letak kereta untuk orang ramai dan kakitangan.

Di samping itu, pusat kesihatan itu juga dalam proses untuk menyediakan sebuah kafe.

Sebagai satu lagi inisiatif untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, waktu perkhidmatannya juga ditambah iaitu bermula dari jam 7 pagi hingga 9 malam bagi hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu serta dari jam 2 petang hingga 9 malam pada Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.

Dalam kesempatan itu, Dr. Haji Zulhilmi turut memberitahu bahawa perkhidmatan yang dijalankan akan menggunakan sistem temu janji di mana orang ramai yang ingin berjumpa doktor hendaklah membuat penempahan untuk berjumpa doktor. Para pesakit dan pengunjung dinasihatkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa perjanjian.

ARTIKEL YANG SAMA