Pusat pembelajaran bagi kanak-kanak Autisme

Pusat pembelajaran bagi kanak-kanak Autisme

Oleh Imelda Groves HA

 

SEBUAH lagi pusat pembelajaran, Growing Minds Autism Learning Center bagi kanak-kanak autisme berusia tiga hingga 12 tahun yang terletak di kawasan Bangunan Gadong Central, Gadong, di sini, kini memulakan perkhidmatannya.

Pihak pengurusan pusat pembelajaran itu menjelaskan, “Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mencapai potensi maksimum mereka dengan mengajar mereka kemahiran yang akan membantu pembangunan mereka dan membantu mencapai tahap kebebasan dan meningkatkan kualiti hidup mereka”.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan juga menjelaskan pasukan pusat tersebut terdiri daripada kakitangan mahir dengan Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Pendidikan, Pendidikan Khas, Terapi Fizikal dan telah diperakui diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

Terapi pertuturan

“Kami juga dalam proses membawa pakar terapi pertuturan pada masa hadapan. Kami berhasrat untuk menyokong ahli-ahli keluarga mereka memenuhi cabaran autisme,” jelas pihak pengurusan dalam kenyataan akhbarnya.

Suasana pusat pembelajaran tersebut.
Suasana pusat pembelajaran tersebut.

Pusat ini juga menggunakan ABLLS-R (Penilaian Bahasa Asas dan Kemahiran Pembelajaran) sebagai alat untuk membantu mengenal pasti bahasa dan kemahiran kritikal lain yang memerlukan intervensi supaya kanak-kanak boleh mampu belajar daripada pengalaman sehari-hari.

“Kami menggabungkan strategi yang berbeza, teknik dan pendekatan yang sesuai dengan apa yang terbaik untuk setiap kanak-kanak yang telah membawa kita untuk menghasilkan program intervensi yang lebih baik.

Menurut kenyataan itu lagi, Program di sana dijalankan oleh ahli terapi terlatih dan mengendalikan setiap kanak-kanak secara perseorangan.