Pusat pemindahan banjir dibuka di Bintulu

Pusat pemindahan banjir dibuka di Bintulu

MIRI, 1 Dis (Bernama) – Selepas Limbang dan Lawas, Bintulu pula dilanda banjir dengan 230 mangsa daripada 60 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Dewan Suarah Bintulu pada pukul 5 pagi tadi. Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Bintulu, Leftenan Muda Zuriza Sharkawi berkata kesemua mangsa yang dipindahkan berasal dari rumah setinggan Sungai Sebatang dan Batu 5 Sungai Sebiew.

“Bantuan sudah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hujan sejak semalam telah menyebabkan beberapa kawasan bandar Bintulu termasuk kawasan perumahan dilanda banjir kilat.