Pusat Pemulihan Kg Kiarong terima sumbangan

Pusat Pemulihan Kg Kiarong terima sumbangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Pusat Pemulihan/Rehabilitasi, Kampung Kiarong, telah menerima sumbangan sebanyak 120 hamper daripada La Vida dan Lotus Light Charity Society bersempena dengan hari ulang tahun Lotus Light Charity Society pada tahun ini.

Sumbangan tersebut diberikan kepada klien yang menjalani rawatan pemulihan/rehabilitasi untuk cabaran perkembangan emosi dan psikologi Daerah Brunei dan Muara, Belait dan juga Temburong.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, Jabatan Psikiatri memberikan perkhidmatan kepada mereka yang mengalami gangguan emosi dan masalah kesihatan psikologi, selain itu, pusat ini juga aktif dalam mengadakan kempen-kempen kesedaran awam dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental dan mengurangkan stigma masyarakat.

Wakil-wakil La Vida dan Lotus Light Charity Society bergambar ramai bersama warga Pusat Pemulihan/Rehabilitasi, Kampung Kiarong.
Wakil-wakil La Vida dan Lotus Light Charity Society bergambar ramai bersama warga Pusat Pemulihan/Rehabilitasi, Kampung Kiarong.
Sumbangan hamper diserahkan oleh wakil La Vida dan Lotus Light Charity Society.
Sumbangan hamper diserahkan oleh wakil La Vida dan Lotus Light Charity Society.

Pengurangan stigma dan diskriminasi adalah penting di dalam mengoptimumkan proses pemulihan dan integrasi semula ke dalam masyarakat.

Lotus Light Charity Society dan La Vida juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membantu klien dalam menjalani rawatan.

Pihak Pusat Rehabilitasi Kampung Kiarong sangat menghargai dan mengalu-alukan agensi bukan kerajaan dan orang perseorangan yang memberikan sokongan serta sumbangan yang serba sedikit akan dapat memberikan kegembiraan dan semangat kepada klien-klien di pusat berkenaan ke arah mencapai tahap pemulihan yang cemerlang.

ARTIKEL YANG SAMA