Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS berpindah sementara

Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS berpindah sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah berpindah sementara di tingkat bawah, berdekatan dengan Kaunter Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar hospital berkenaan bermula esok (19 Oktober) hingga kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilaksanakan.

Waktu operasi pusat berkenaan pada hari-hari bekerja ialah dari jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengahari dan dari jam 1:30 hingga 4:40 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 2242424 sambungan 5745/5709.