Pusat pengajian pelancongan dibangun di Sabah tahun depan

Pusat pengajian pelancongan dibangun di Sabah tahun depan

TAWAU, 18 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi akan membangunkan sebuah pusat pengajian pelancongan di Sabah tahun depan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh berkata pusat itu, yang akan dikenali sebagai Kota Kinabalu Tourism Academy, bakal menawarkan program pengajian peringkat sijil dan diploma. Beliau berkata pusat pengajian itu, yang kos pembinaannya dianggarkan di antara RM30 juta dan RM40 juta, dapat menempatkan sehingga 400 pelajar.

“Perancangan mewujudkan pusat itu kini dalam peringkat akhir perbincangan. “Bakal pelajar pusat ini khususnya dari Sabah tidak perlu risau dengan soal pekerjaan kerana sektor pelancongan di negeri ini sangat luas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Seni Kulinari Kolej Komuniti Tawau di sini, hari ini. – Bernama