Pusat Perkhidmatan siap menjelang Oktober 2017

Pusat Perkhidmatan siap menjelang Oktober 2017

Oleh Faza Suraj

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Pusat perkhidmatan selepas pasaran yang akan dibuka di Rasau, dijangka menjadi hab pembaikan dan pembuatan semula bagi produk-produk Sclumberger/Cameron telah pun diluluskan untuk pembinaannya.

Pengurus Kawasan, Jualan dan Perkhidmatan bagi Brunei, Malaysia dan Filipina Cameron International, Dave Oakden (gambar) mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual pada acara sampingan Majlis API Specification Q2 baru-baru ini.

“Dengan pelaburan sebanyak AS$12-13 juta, kami dalam proses membina kemudahan baru perkhidmatan selepas pasaran yang mampu membaiki dan membuat semula peralatan ‘well-head’ di negara ini,” kata Oakden, yang menambah kemudahan itu akan terus dikembangkan lagi, sekali gus mampu menyediakan peluang pekerjaan dan banyak lagi di negara ini.

“Kini kami mempunyai pengurus projek di negara ini yang berurusan dengan keperluan kelulusan dan kami menjangka akan memulakan pembinaan pada lewat tahun ini dan dijangka siap dan beroperasi menjelang Oktober 2017 jika semuanya berjalan lancar,” tambahnya.

Oakden menyatakan bahawa kemudahan itu akan membantu mengurangkan kos dan masa dalam membaiki peralatan ‘well-head’ daripada menghantarnya ke Singapura atau Subang, Malaysia yang kini masih memberikan perkhidmatan itu.

Dave Oakden.
Dave Oakden.

Apabila ditanya tentang bagaimana kemudahan itu dibandingkan dengan yang ada di Malaysia dan Singapura, beliau menjelaskan ia akan menumpu kepada perkhidmatan, membaiki dan membuat semula manakala Malaysia dan Singapura akan kekal sebagai pengeluar.

“Menggabungkan pengeluaran dengan perkhidmatan membaiki dan membuat semula menjadi satu kemudahan pada dasarnya tidak berkesan,” tegas Oakden, memberi contoh mentol lampu di mana jika dibuat dalam pengeluaran dengan watt berbeza, maka proses pengilangan lazimnya dijalankan secara automatik.

“Bahan-bahan awal datangnya dari satu bahagian manakala produk yang siap keluar adalah dari bahagian lain,” tambahnya ketika dia menghuraikan bahawa proses itu perlu dihentikan jika kemudahan pengeluaran perlu mengeluarkan mentol lampu yang perlukan pembaikan.

“Dengan itu, salah satu isu yang dihadapi pada masa ini ialah tanpa kemudahan itu, kita perlu menghantarnya kepada pengeluar,” kata Oakden. “Dengan kemudahan baru ini kami akan meningkatkan pekerjaan tempatan bagi pemasang, kakitangan kawalan dan jaminan kualiti.”

Beliau menerangkan projek ini khusus untuk Brunei namun ia juga akan menjadi pusat membaiki dan pembuatan semula di Asia.

Cameron Brunei Sdn Bhd pada masa ini mempunyai 82 orang kakitangan dengan 60 orang daripada mereka adalah anak tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA