Pusat Sejarah terima kunjungan guru MIB

Pusat Sejarah terima kunjungan guru MIB

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Rombongan seramai 40 orang guru mata pelajaran Melayu Islam Beraja (MIB) dari Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah, di sini, petang tadi.

Lawatan bagi guru-guru MIB, kawasan Kluster 1, Daerah Brunei dan Muara ini dimulakan dengan taklimat mengenai Pusat Sejarah yang disampaikan oleh wakil dari Pusat Sejarah sebelum diikuti dengan lawatan ke Galeri Sejarah yang memperlihatkan pameran sejarah Negara Brunei Darussalam disertakan dengan penjelasan terperinci oleh wakil pusat berkenaan.

Antara tujuan lawatan sambil belajar ini adalah sebagai pendedahan dan pemahaman mendalam mengenai sejarah Negara Brunei Darussalam.

Guru-guru MIB bergambar ramai di Pusat Sejarah.
Guru-guru MIB bergambar ramai di Pusat Sejarah.

ARTIKEL YANG SAMA