Pusat Warisan Bung Bratak perlu siap ikut tempoh

Pusat Warisan Bung Bratak perlu siap ikut tempoh

BAU, 25 Okt (Bernama) – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek mahu pembinaan Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) bernilai RM7.6 juta disiapkan dalam tempoh kontrak yang akan berakhir September 2017.

Oleh itu, beliau meminta kontraktor untuk bekerjasama rapat dengan Majlis Daerah Bau (BDC), Persatuan Warisan Bung Bratak (BBHA) dan penduduk kampung berdekatan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan pusat itu yang dibina di kawasan setinggi 300 meter di puncak bukit Bung Bratak (Gunung Bratak) di Kampung Tebawang Sauh di sini

“Pusat warisan itu menjadi kebanggaan masyarakat Bidayuh Jagoi-Bratak bagi mengingatkan tentang asal-usul mereka dan untuk menghargai dan mempamerkan warisan dan budaya mereka,” kata Nogeh, yang juga anggota Parlimen Mas Gading pada pelancaran BBHC di sini semalam. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kerana meluluskan dana RM8 juta untuk projek itu.

Nogeh juga mengesyorkan supaya aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat diadakan bagi menarik pengunjung ke pusat itu termasuk program inap desa dan aktiviti kebudayaan.

ARTIKEL YANG SAMA