Pusingan ke-3 jadi tumpuan

Pusingan ke-3 jadi tumpuan

LONDON, 2 Julai (AFP) – Roger Federer, Andy Murray dan Rafael Nadal menyasarkan tumpuan di pusingan ketiga Wimbledon hari ini berikutan hari ketiga yang penuh dramatik yang telah merekodkan suhu panas tertinggi dan pemindahan di gelanggang tengah.

Juara tujuh kali Federer berdepan pemain pilihan 36 dari Amerika Sam Querrey yang telah tewas kedua-dua perlawanan terdahulunya menentang pilihan kedua juara grand slam 17 kali, dan gagal untuk memenangi sebarang set.

Satu-satunya Federer tewas sebelum pusingan ketiga di peringkat grand slam pada kemunculan 48 kalinya adalah pada Wimbledon 2013, apabila dia ditewaskan oleh Sergiy Stakhovsky pada pusingan kedua.

Sementara Murray juara 2013 akan berdepan pemain Belanda Robin Haase di gelanggang satu.

Federer ketika beraksi dalam pusingan sebelum ini. – Reuters
Federer ketika beraksi dalam pusingan sebelum ini. – Reuters

Pemain pilihan ketiga dari Britain itu mempunyai rekod 3-1 ke atas Haase, yang mana kemenangan pertamanya ke atas Murray datang sewaktu perjumpaan pertama mereka pada 2008. Tetapi pemain berusia 28 tahun itu telah mendesak Murray sehingga lima set pada kejohanan terbuka AS 2011.

Nadal, juara dua kali dan pemain pilihan 10 tahun ini, akan berdepan pemain dari Jerman Dustin Brown.

Brown yang berambut dreadlocked menewaskan Nadal di gelanggang rumput Halle tahun lepas yang merupakan satu-satunya perlawanan mereka.

Pemain pilihan keenam dari Republik Czech Tomas Berdych juga akan bermain hari ini menentang pemain bukan pilihan dari Perancis Nicolas Mahut.

ARTIKEL YANG SAMA