Pusingan ketiga Piala Liga Inggeris

Pusingan ketiga Piala Liga Inggeris

LONDON, 26 Ogos (AFP) – Pusingan ketiga Piala Liga Inggeris menyaksikan pertembungan tetangga menarik membabitkan dua kuasa besar London, Arsenal bertemu finalis musim lalu, Tottenham Hotspurs, bulan depan.

Selain pertemuan tetangga London, antara pertembungan tetangga menarik lain berakhir undian yang dijalankan, awal pagi tadi ialah membabitkan Aston Villa dan Birmingham.

Tottenham yang tewas di pentas final musim lalu kepada Chelsea akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal di White Hart Lane pada September. Perlawanan itu menjadi pertembungan tetangga Utara London pertama musim ini.

Dalam pada itu, Villa yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bertemu lawan dari Liga Kejuaraan, Birmingham buat pertama kali sejak 2011.

Birmingham yang kali terakhir beraksi di EPL pada musim 2010/ 2011 tidak pernah tewas sepanjang tiga pertembungan terakhir bertemu Villa sebelum ini termasuk aksi Piala Liga pada 2010.

Dalam pada itu, penyandang juara, Chelsea akan bertemu kelab di divisyen tiga, Walsall manakala Liverpool berdepan laluan lebih mudah bertemu kelab divisyen empat, Carlisle.

Manchester United pula berdepan kelab Liga Kejuaraan, Ipswich di Old Trafford manakala Manchester City akan berkunjung ke laman Sunderland.