Pusingan tiga milik Sagan

Pusingan tiga milik Sagan

MADRID, 25 Ogos (Reuters) – Esteban Chaves dari Colombia mengekalkan jersi merah pendahuluan dan Chris Froome dari Britain mencatatkan perkembangan ketika Peter Sagan dari Slovakia mencatatkan kejayaan dalam penamat pecutan bagi peringkat ketiga Jelajah Sepanyol semalam.

Penunggang Tinkoff-Saxo, Sagan, mengatasi Nacer Bouhanni dari Perancis bagi Cofidis di atas garisan selepas perlumbaan sepanjang 158.4km ke Malaga. John Degenkolb dari Jerman bagi Giant-Alpecin di tempat ketiga.

Froome, yang berusaha untuk mencatatkan kejayaan berganda Tour de France-Vuelta, menamatkan perlumbaan bersama kumpulan utama dan di kedudukan ke lapan pada keseluruhannya.

Ketua Team Sky itu menamatkan bersama sebahagian pesaing utamanya termasuk Nairo Quintana dari Colombia bagi Movistar, dua penunggang dari Sepanyol, Rodriguez (Katsuha) dan Alejandro Valverde (Movistar) dan Fabio Aru dari Itali (Astana).

Peringkat kedua pada Ahad lalu yang dimenangi oleh Chavez dibayangi dengan penyingkiran Vicenzo Nibali dari Itali selepas didapati ditunda dari kereta pasukan Astana ketika juga untuk mengejar berikutan pelanggaran.

Peter Sagan ketika memenangi peringkat ketiga jelajah Sepanyol Vuelta. – AFP
Peter Sagan ketika memenangi peringkat ketiga jelajah Sepanyol Vuelta. – AFP

Nibali, juara Tour de France 2014 dan pemenang Vuelta pada 2010, memohon maaf tetapi menyalahkan penunggang Orica-GreenEdge dari Australia, Caleb Ewan kerana mencetuskan kemalangan dengan apa yang digelarnya “pergerakan agresif gila”.

“Terdapat banyak episod seperti ini dalam berbasikal dan terutamanya selepas kemalangan,” kata Nibali dalam laman Facebook.

“Apa yang berlaku…berlaku dalam setiap perlumbaan walaupun jika ia bermakna apa yang saya lakukan tidak betul. Saya seharusnya dihukum.”

Ewan menafikan menjadi punca kemalangan.

“Saya berada di belakang kelompok pelumba,” dia memberitahu wartawan. “Jika dia bermasalah dengan saya atau dia merasakan saya melakukannya, dia seharusnya datang dan menjelaskan perkara itu dengan saya terlebih dahulu daripada pergi kepada media dan berkata ‘Caleb melakukan ini.’