Pusingan-U di Jalan Gadong ditutup sementara

Pusingan-U di Jalan Gadong ditutup sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa lorong pusingan-U di Jalan Gadong akan ditutup sementara mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, JKR berkata, penutupan sementara itu adalah disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan dan penyambungan paip air yang terlibat di dalam projek pembinaan Jejambat di Persimpangan Jalan Gadong/Jalan Telanai.

Lorong pusingan-U tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pemasangan dan penyambungan paip air itu selesai sepenuhnya.

Sementara itu pengguna-pengguna jalan raya disarankan menggunakan lorong pusingan U yang terdekat.

Dengan itu JKR mengingatkan pengguna-pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut disamping mematuhi tanda-tanda jalan dan tanda-tanda keselamatan demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA