Putera Ali sahkan tanding Presiden FIFA

Putera Ali sahkan tanding Presiden FIFA

AMMAN, 10 Sept – Putera Ali al-Hussein dari Jordan mengumumkan akan bertanding merebut kerusi Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sambil berikrar akan menentang sehingga ke akar umbi gejala rasuah dan aturan politik dalam sukan, beliau mahu menjadikan badan induk bola sepak dunia itu lebih telus.

Putera Jordan itu kini akan bersaing untuk merebut kerusi nombor satu FIFA itu dengan Presiden race, UEFA, Michel Platini. Putera berusia 39 tahun itu membuat pengumuman dalam satu majlis di hadapan 300 tetamu undangan khas termasuk remaja Jordan dan diplomat asing di istana teater Roman di ibu negara itu hari ini.

Putera Ali berkata, sekiranya dipilih beliau akan membuat beberapa perubahan agihan kuasa dari ibu pejabat FIFA di Zurich kepada persatuan bola sepak kebangsaan negara gabungannya.

Beliau berjanji akan melakukan pelaburan lebih banyak dalam pembangunan bola sepak bagi memastikan setiap anggota FIFA mempunyai stadium nasional sendiri dalam tempoh empat tahun.

Putera Ali ketika mengumumkan bidaannya untuk menggantikan Blatter di Amman pada 9 September 2015. – AFP
Putera Ali ketika mengumumkan bidaannya untuk menggantikan Blatter di Amman pada 9 September 2015. – AFP

Selain itu beliau mahu memastikan pembangunan lebih hebat dalam bola sepak wanita dan menangani gejala bookie bola sepak.

Putera Ali pernah bertanding pada pemilihan FIFA, Mei lalu dengan menafikan undi majoriti yang diperoleh penyandang jawatan, Sepp Blatter dalam pusingan pertama pengundian.

Namun, baginda menarik diri sebelum pusingan kedua bermula dan empat hari selepas itu, Blatter mengumumkan menarik diri selepas skandal rasuah yang menyelubungi FIFA disiasat secara berasingan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA