Putera Charles bertemu bekas ketua IRA

Putera Charles bertemu bekas ketua IRA

DUBLIN,19 Mei – Putera Britain, Charles akan bertemu Gerry Adam di Ireland hari ini, buat pertama kalinya ketua bekas sayap politik Tentera Republik Ireland (IRA) telah bertemu dengan anggota kerabat diraja, kata parti Sinn Fein.

Pertemuan itu diadakan di bandar Galway barat Ireland sehari sebelum Charles mengunjungi tapak berhampiran tempat IRA membunuh bapa saudaranya Lord Mountbatten pada 1979.

Charles sudah lama menjadi seorang tokoh yang dibenci di kalangan warga Ireland disebabkan kedudukannya sebagai Kolonel Yang Di-Pertua bagi Rejimen Paracut Tentera Britain, yang terlibat dalam beberapa penembakan Katolik Ireland di Utara Ireland.

Ibu Charles, Ratu Elizabeth pada 2012 bertemu Martin McGuinness, bekas komander IRA dan anggota kanan Sinn Fein, satu pertemuan yang dilihat sebagai langkah penting dalam perdamaian di Utara Ireland. – Reuters