Putera Charles disambut baik oleh pahlawan perang

Putera Charles disambut baik oleh pahlawan perang

WELLINGTON, 8 Nov (AFP) – Putera Charles dari Britain menerima tabik hormat istimewa daripada armada berkanu perang apabila beliau melawat Raja Maori Tuheita di tengah Kepulauan Utara New Zealand, hari ini.

Charles memakai pakaian bulu kiwi apabila lima kanu yang diukir, atau waka, lintas lalu di Sungai Waikato, setiap satu membawa 30 pahlawan bertatu yang mengangkat kayuh mereka ke atas sambil menyanyikan lagu Maori ketika melintas.

Putera mahkota kepada takhta, dan isterinya Camilla, melihat dari tepi sungai tatkala kerang besar dibunyikan, kemudian diteruskan dengan ucapan kepada Raja Tuheita dan 1,000 orang ramai yang hadir.

Hubungan di antara kerabat Britain dan penduduk Turangawaewae marae, di tebing Waikato, sudah bertarikh lebih dari satu abad.

“Saya berasa berbesar hati untuk kembali semula ke tempat ini, Turangawaewae,” kata Putera Charles.

Pahlawan Waka berkanu membuat persembahan lintas lalu menyambut kedatangan Putera Charles di Kepulauan Utara New Zealand. – Reuters
Pahlawan Waka berkanu membuat persembahan lintas lalu menyambut kedatangan Putera Charles di Kepulauan Utara New Zealand. – Reuters

“Penduduk Waikato-Tainui telah melanjutkan penjagaan, belas kasihan dan layanan mesra kepada keluarga saya dalam pelbagai acara.”

Lawatan Charles, yang berjalan sepanjang pagi, berlaku selepas Raja Tuheita sebelum ini enggan untuk menemui anaknya Putera William ketika lawatannya tahun lepas kerana jangka waktu 90 minit tidak mencukupi untuk melengkapkan adat tradisi sambutan.

Tuheita merupakan keturunan daripada Raja Maori pertama Potatau Te Wherowgero, yang telah dilantik pada 1858 oleh beberapa puak Pulau Utara yang mahukan seorang tokoh untuk mewakili mereka seperti mana Ratu Victoria berasa untuk mewakili penduduk kulit putih New Zealand.

Pangkat tersebut tidak mempunyai apa-apa kuasa pada kerajaan New Zealand namun membawa kepentingan simbolik pada beberapa puak Maori.

Putera Charles dan Camilla sedang dalam lawatan tujuh hari ke New Zealand yang man Perdana Menteri John Key berkata ia bertujuan untuk membina hubungan baik dengan Kiwis sebelum beliau menjadi raja.

Mereka akan meninggalkan New Zealand dan menuju ke Australia pada Selasa depan.

ARTIKEL YANG SAMA