Putera Charles teruskan lawatan ke India

NEW DELHI, 9 Nov – Putera Charles dan isterinya Camilia Parker Bowles semalam tiba di bandar India, New Delhi untuk mengadakan lawatan selama dua hari. Perdana Menteri India Narendra Modi akan berjumpa Putera Charles dan mengadakan rundingan mengenai beberapa isu.

“Lawatan ini bertujuan untuk menguatkan lagi hubungan bilateral di antara dua buah negara,” menurut menteri luar.

“Putera Charles akan dijadualkan untuk bertemu dengan perdana menteri India malam ini dan akan mengadakan rundingan mengenai isu yang luas termasuk mesyuarat komanwel ketua-ketua negara yang akan diadakan pada April 2018 di United Kingdom, perubahan iklim, mengekalkan tujuan pembangunan, kebersamaan ekonomi dan lain-lain.” tambahnya lagi.

Lawatan ke India merupakan sebahagian dari jelajah empat negara termasuk Singapura, Brunei, Malaysia dan India. – Xinhua

Putera Charles kelihatan sedang berbual dengan Pegawai Ketenteraan India semasa membuat lawatan ke tugu peringatan Amar Jawan Jyoti. Putera Charles memulakan lawatannya ke India selama dua hari yang bermula kemarin. – AFP