Putera George sambut hari lahir ke-2

Putera George sambut hari lahir ke-2

LONDON, 22 Julai – Putera George, hari ini meraikan ulang tahun keduanya, dan keluarga kerabat itu merancang untuk mengadakan perhimpunan keluarga kecil-kecilan sempena kelahiran pewaris takhta Britain dan kelahiran adik perempuannya, Puteri Charlotte.

George, Charlotte dan ibu-bapa mereka iaitu Putera William dan isterinya Kate, akan menghabiskan masa bersama-sama di rumah percutian mereka di Norfolk.

Cicit Ratu Elizabeth itu adalah dalam landasan untuk menjadi seorang raja selepas neneknya Putera Charles kemudian ayahnya William, yang melakukan syif pertamanya sebagai juruterbang ambulan udara minggu lepas.

Keluarga itu akan membahagikan masa mereka di antara apartmen Istana Kensington mereka di London dan Dewan Anmer, sebuah rumah agam pada tanah persendirian Ratu Elizabeth di Norfolk, timur England.

“Mereka akan menghabiskan masa secara sendirian bersama sebagai sebuah keluarga,” jurucakap Istana Kensington memberitahu AFP.

Putera George anak kepada Putera Williams yang kini telah mencecah usia dua tahun. – AFP
Putera George anak kepada Putera Williams yang kini telah mencecah usia dua tahun. – AFP

Tanpa mengira corak syif kerja Williams, “mereka mempunyai peluang untuk menghabiskan masa bersama”.

William akan perlu menyesuaikan diri pada putaran empat hari kerja, empat hari cuti, terbang keluar dari Lapangan Terbang Cambridge di timur England.

Sebelum syif pertamanya pada 13 Julai, William bercerita mengenai kedatangan Charlotte dan bagaimana George menjadi susah hendak dikawal.

Putera George Alexander Louis of Cambridge dilahirkan di Hospital St Mary di pusat London pada 4.24 petang 22 Julai 2013, 3.8 kilogram.

Ketiga untuk mewaris takhta, kelahirannya menghasilkan kegembiraan.

Dia melakukan perjalanan luar negeri pertamanya ke New Zealand dan Australia pada April 2014 dan meraikan hari jadi pertamanya dengan parti persendirian di Istana Kensington.

George telah membuat sedikit sahaja penampilan awam setakat ini, dengan ibubapanya mahu melindunginya daripada sebarang perhatian media.

Lawatan pertamanya menjenguk kelahiran Charlotte di St Mary merupakan kali pertama dia dilihat di khalayak awam sejak kelahirannya sendiri di hospital tersebut.

Gambar-gambar rasmi secara berkala telah dikeluarkan untuk menandakan peristiwa seperti pembaptisannya. –AFP