Putera Harry akan adakan lawatan ke Nepal

Putera Harry akan adakan lawatan ke Nepal

KATHMANDU, Nepal, 10 Jan (NNN) – Putera Britain, Harry akan mengadakan kunjungan ke Nepal pada musim bunga tahun ini, menurut pengumuman dari Istana Kensington dalam Twitter pada Jumaat.

Kunjungan ini akan menjadi lawatan pertama putera berkenaan ke Nepal.

Istana Kensington dalam Twitter mengatakan ‘Nepal sudah sering dikunjungi oleh kebanyakan kerabat diraja beberapa tahun kebelakangan termasuk Ratu, Duke of Edinburgh dan Putera Wales.”

Duke of Cambridge Putera Williams dan Catherine, Duchess of Cambridge juga difahamkan akan mengunjungi Bhutan pada musim bunga tahun ini.

Bagaimanapun, tarikh sebenar kunjungan itu belum lagi dimuktamadkan.

ARTIKEL YANG SAMA