Putera Harry ‘kupas tiram’ di Pulau Stewart

Putera Harry ‘kupas tiram’ di Pulau Stewart

PULAU STEWART, New Zealand, 10 Mei (AFP) – Putera Harry dari Britain memperlihatkan sisi “sifat realistik” hari ini, mengupas tiram dan berbual-bual tentang ragbi ketika dia menjejaki pulau selatan New Zealand yang ramai penduduk.

Kira-kira suku dari 378 orang penduduk Pulau Stewart, termasuklah beberapa orang wanita muda, berpeluang melihat dengan lebih dekat putera bujang diraja ini ketika dia bersahaja bergaul dengan penduduk tempatan di kota kara terpencil ini.

Salah seorang anak termuda di tengah orang ramai ialah Angus Kenny, 12 tahun yang menyifatkan Harry sebagai “lebih realistik dari yang disangkanya,” sambil menambah kata bertemu dengan putera itu adalah “begitu menyeronokkan”.

Ketika Harry diajar bagaimana mengupas tiram, makanan laut istimewa di rantau itu, dia tertarik dengan jangkaannya bahawa jaguh bertahan New Zealand akan sekali lagi memasuki perlawanan akhir Piala Ragbi Dunia tahun ini sementara menambah lagi bahawa pasukannya England juga “sangat bagus”.

Wanita-wanita di pulau itu teruja dengan ketibaan putera berusia 30 tahun ini.

Putera Harry (kanan) mengupas tiram dengan dibantu Jim Barrett (kiri) dari Big Glory Oysters ketika lawatan ke Pusat Komuniti Pulau Stewart di Oban, Pulau Stewart, New Zealand, pada 10 Mei 2015. – AFP
Putera Harry (kanan) mengupas tiram dengan dibantu Jim Barrett (kiri) dari Big Glory Oysters ketika lawatan ke Pusat Komuniti Pulau Stewart di Oban, Pulau Stewart, New Zealand, pada 10 Mei 2015. – AFP

“Saya mendengar Harry adalah seorang lelaki lasak, dia boleh bertemu saya dan saya boleh menunjukkan kelasakan.

“Menjalani kehidupan dengan perkhidmatan telefon terbatas, tidak ada mekap, dan hidup dengan semula jadi dan generator, itu hebat,” seloroh Laurice Hawkless, 25 tahun sebelum kunjungan putera itu.

Pip Leask, 29 tahun, yang baru-baru ini mendirikan rumah tangga, tetapi memberitahu Fairfax Media wanita lain juga seronok untuk bertemu dengan putera ini.

“Mereka telah berlatih bagi tunduk tanda hormat mereka. Mereka bersedia dengan teah dan roti kecil berbagai-bagai jenis,” katanya lagi.

Pengasas Parti Pulau Stewart, Parti Singles, Doug Beck berkata wanita-wanita setempat sesuai bagi putera yang penyayang.”

“Mereka jujur. Gadis-gadis sejati Kiwi. Mereka tidak main-main dalam kata-kata mereka,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA