Putera Harry lanjut lawatan rasmi

Putera Harry lanjut lawatan rasmi

KATHMANDU, 24 Mac (AFP) – Putera Harry dari Britain mengumumkan beliau akan melanjutkan lawatan rasminya ke Nepal selama enam hari untuk membantu membina semula sekolah kampung yang telah rosak ketika gempa bumi tahun lalu.

Ketika lawatan tersebut, beliau telah menemui keluarga-keluarga yang masih tinggal di khemah selepas gempa bumi dengan magnitud 7.8 pada April tahun lalu telah memusnahkan rumah mereka dan mengorbankan hampir 9,000 orang.

“Mereka yang telah saya temui dan keindahan negara ini sangat menyukarkan untuk meninggalkannya. Bagaimanapun bersyukur, saya belum pergi lagi meninggalkannya,” katanya pada satu resepsi yang diadakan oleh Kedutaan Britain di Kathmandu.

“Saya akan menghabiskan enam hari seterusnya di kampung terpencil bersama pasukan amal Team Rubicon. Pasukan yang saya sertai akan bekerjasama dengan masyarakat untuk membina semula sekolah yang telah rosak dalam gempa bumi.”

Putera Harry, 31 tahun, juga melawat tapak warisan yang dilanda gempa bumi dan projek-projek bantuan yang diketuai oleh tentera-tentera Gurkha pada lawatan pertamanya ke negara itu, yang menyambut 200 tahun hubungan bersama antara Nepal dan Britain.

Putera Harry menyampaikan ucapannya semasa satu majlis lawatan rasminya ke Nepal di kedutaan Britain di Kathmandu. – AFP
Putera Harry menyampaikan ucapannya semasa satu majlis lawatan rasminya ke Nepal di kedutaan Britain di Kathmandu. – AFP

Lawatan beliau ke sekolah sementara, yang didirikan selepas gempa bumi yaang telah merosakkan bangunan asal sekolah, berkebetulan dengan Holi, festival warna Hindu dan beliau menyertai sambutan itu, menutupi mereka yang menyertai festival itu dengan serbuk merah.

Lawatan putera ini juga termasuklah semalam berada di sebuah kampung yang mana beliau diadakan oleh balu seorang tentera Gurkha yang kehilangan rumahnya dalam kejadian gempa bumi.

Putera itu berkata pada ketibaan beliau bahawa beliau berharap lawatannya, yang termasuklah trek di Himalaya dan lawatan ke Taman Negara Bardia, yang terkenal dengan usaha pemuliharaan harimau, akan menggalakkan para pelancong supaya pergi ke negara itu.

“Kamu mesti datang dan berjalan di kaki gunung Himala, melihat matahari naik di pergunungan hebat itu adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan,” katanya. Ekoran kejadian gempa bumi, Nepal bersungguh-sungguh ingin menghidupkan semula pelancongan yang termasuklah industri pendakian gunung, peraih sumber utama bagi negara miskin Himalaya.

ARTIKEL YANG SAMA