Putera Harry rasmikan sukan Invictus

Putera Harry rasmikan sukan Invictus

MIAMI, 9 Mei (AFP) – Putera Harry dari Britain semalam merasmikan sukan Invictus untuk perajurit tentera yang kurang upaya dan menganugerahkan emas pertama acara 2016 kepada Perancis.

Harry, pewaris takhta dalam barisan kelima dan penaung permainan itu, mengalu-alukan ahli sukan wanita dan lelaki dan para penyokong ke acara besar di Orlando, Florida itu yang disiarkan oleh rangkaian sukan ESPN.

“Kisah mereka sama mengagumkan seperti keunikan mereka. Mereka menumpu pada apa yang boleh dicapai, daripada apa yang apa yang tidak boleh,” kata Harry tentang bekas tentera wanita dan lelaki, kebanyakan mereka yang telah menjalani amputasi, yang mengalami kadar kemurungan yang lebih dari biasa dan juga masalah tekanan selepas trauma (PTSD) dan kecederaan otak trauma.

Wanita Pertama AS Michelle Obama yang aktif mempromosikan acara itu, berkata permainan Invictus ‘adalah tentang menyerikan lagi cahaya besar dan cerah pada kamu semua supaya kami semua boleh mendapat inspirasi untuk mengikut contoh kamu.”

Beliau juga berseloroh bahawa pasukan tuan rumah seharusnya tenang dalam perlawanan dengan pihak pelawat. “Saya telah meminta pasukan AS supaya tidak menang terlalu banyak,” Obama berkata pada acara pembukaan.

Perbarisan lalu atlet perajurit kurang upaya dari Britain. – AP
Perbarisan lalu atlet perajurit kurang upaya dari Britain. – AP

Bekas presiden AS George W Bush, pengerusi terhormat acara Orlando ini dan pelakon Morgan Freeman juga hadir.

Penyanyi James Blunt bekas askar dalam tentera Britain dan penyanyi soprano Laura Wright membuat persembahan ketika acara itu.

Permainan Invictus memaparkan lebih 500 peserta dari 15 buah negara, untuk beraksi dalam 10 acara termasuklah olahraga, bola tampar duduk,berbasikal dan bola keranjang versi kerusi roda, ragbi dan tenis.

Permainan itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keperluan bekas perajurit, kebanyakan mereka yang kehilangan anggota di zon-zon gempur untuk menyesuaikan diri dengan ‘kebiasaan baru’ selepas pengalaman yang mengubah kehidupan.

Putera Harry sendiri pernah berkhidmat dalam tentera Britain dan pernah bertugas di Afghanistan.

Sukan memanah, olah raga adalah antara acara pada hari pembukaan semalam itu.

ARTIKEL YANG SAMA