Putera Philip iringi Ratu Elizabeth hampir 70 tahun

Putera Philip iringi Ratu Elizabeth hampir 70 tahun

LONDON, 9 Jun – Putera Philip dari Britain, yang akan menyambut ulang tahun ke-95 esok, telah menjadi pengiring berterusan Ratu Elizabeth II hampir 70 tahun, menjadi penghibur dalam suka dan duka bersama.

Dikenali sebagai Duke of Edinburgh, putera ini adalah penyokong pelbagai badan amal dan kehadiran begitu disenangi di sisi Ratu Elizabeth.

Dengan menyifatkan diri ‘lelaki yang banyak kerenah”, jenaka nyata Philip membuatkan dirinya disayangi oleh se-setengah orang tetapi kerap menjadi tajuk akhbar kerana alasan yang salah.

Meskipun meraih reputasi kerana bersikap dingin kepada anak-anaknya, putera ini dianggap oleh para pemerhati menjadi penyatu keluarga diraja ketika siri-siri penceraian tiga dari empat orang anaknya.

Dalam satu sudut dari yang jarang dilihat, mendiang puteri Diana memanggilnya sebagai ‘Bapa tersayang’ dalam surat-surat yang mana beliau menenangkan jiwa Diana ekoran perkahwinan yang semakin teruk dengan putera sulungnya, Putera Charles.

Putera ini dianugerahkan kesihatan yang baik, tetapi pernah dimasukkan ke hospital dengan pelbagai aduan ketika usianya memasuki 90an. – AFP