Putera Saudi ditangkap atas jenayah seks

Putera Saudi ditangkap atas jenayah seks

LOS ANGELES, 25 Sept (Reuters) – Seorang putera Saudi telah ditangkap atas kesalahan cuba untuk memaksa seorang pekerja di sebuah estet Beverly Hills untuk melakukan seks oral, kata polis Los Angeles, kelmarin.

Majed Abdulaziz Al-Saud, 28 telah ditangkap pada Rabu dan dibebaskan atas ikat jamin sebanyak AS$300,000 pada hari berikutnya, menurut polis dan rekod penjara online.

Bahagian konsul khas Jabatan Polis Los Angeles mengatakan putera itu tidak memiliki imuniti diplomatik, menurut akhbar Los Angeles Times dan KCBS-TV.

Los Angeles Times mengatakan polis tiba ke estet besar itu selepas seorang jiran melihat seorang wanita berdarah menjerit meminta bantuan ketika dia cuba untuk memanjat tembok di sekeliling hartanah itu pada Rabu.

Kediaman AS$37 juta itu merupakan salah sebuah enklaf paling mahal di dunia, telah disewa selama berminggu-minggu pada ketika itu oleh warga asing selama beberapa tahun, jirannya memberitahu Times.

Putera itu dijangka akan hadir ke mahkamah pada 19 Oktober, menurut rekod mahkamah. Percubaan untuk menghubunginya menerusi telefon tidak berjaya dan peguamnya juga tidak diketahui. Panggilan ke kedutaan Saudi tidak segera dibalas.