Putera Saudi labur dalam syarikat Lyft

Putera Saudi labur dalam syarikat Lyft

RIYADH, 25 Dis (AFP) – Sebuah firma yang dimiliki oleh putera Saudi mengatakan kelmarin ia telah mengetuai satu kumpulan yang melabur sekitar AS$248 juta dalam syarikat perkhidmatan perkongsian perjalanan AS, Lyft.

Kingdom Holding Co, yang 95 peratus dimiliki oleh jutawan Putera Alwaleed bin Talal, melabur sekitar AS$104.9 juta dalam syarikat permulaan berpangkalan di San Francisco, katanya dalam satu kenyataan. Pelaburan itu bersamaan dengan saham 2.3 peratus.

Kingdom Holding melabur AS$31 juta dalam penambahan kapital dan membelanjakan AS$73.9 juta untuk memperoleh saham daripada pelabur lain, katanya.

Kenyataan itu tidak memberitahu pelabur bersama.

Lyft mengumumkan perluasan perikatannya dengan rakan Asia awal bulan ini, menambahkan cabarannya ke atas pesaing Uber. Lyft bernilai AS$2.5 bilion, sementara Uber menjadi salah satunya syarikat permulaan paling bernilai di dunia dengan nilai anggaran AS$50 bilion. Kepentingan pelbagai Kingdom Holding bermula dari taman tema Euro Disney dan hotel-hotel Four Seasons hingga kepada News Corporation dan Citigroup.

Taikun Saudi dan firmanya juga menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Twitter pada Oktober.

ARTIKEL YANG SAMA