Putera Sweden baru dinama Oscar

Putera Sweden baru dinama Oscar

STOCKHOLM, 3 Mac (AFP) – Penambahan baru dalam kerabat diraja Sweden, dan yang ketiga dalam barisan pemegang mahkota, telah dinamakan Putera Oscar Carl Olof, umum Raja Carl XVI Gustaf hari ini.

Putera Oscar, anak kedua pasangan Puteri Mahkota Victoria dan Putera Daniel, lahir pada malam Rabu di hospital Karolinska di Stockholm, seberat 3.655 kilo (8.05 paun), dan diberi gelaran Duke of Skane, rantau paling selatan Sweden.

Putera Daniel, yang hadir pada masa kelahirannya, mengatakan, “anak dan Victoria dalam keadaan baik.”

Raja Carl XVI Gustaf dan isterinya Permaisuri Silvia kini mempunyai empat orang cucu, dengan yang kelima dijangka pada April. Kakak Oscar, Estelle baru saja meraikan ulang tahun ke-4nya.

Dari kiri, Putera Daniel, Puteri Estelle, Putera Carl Philip dan Puteri Sofia, menghadiri majlis kesyukuran bagi putera yang baru lahir di gereja istana di Istana Diraja Stockholm pada 3 Mac. – Reuters
Dari kiri, Putera Daniel, Puteri Estelle, Putera Carl Philip dan Puteri Sofia, menghadiri majlis kesyukuran bagi putera yang baru lahir di gereja istana di Istana Diraja Stockholm pada 3 Mac. – Reuters

Puteri Mahkota Victoria, 38, mengahwini Daniel, bekas guru gim pada 19 Jun 2010 pada majlis perkahwinan yang membawa bersama elit diraja Eropah di Stockholm.

Apabila Victoria menaiki takhta, beliau akan menjadi permaisuri pertama bagi dinasti Bernadotte, yang telah memerintah Sweden selama dua abad.

Kerabat diraja semasa mengalami lonjakan populariti baru beberapa tahun kebelakangan disebabkan kisah dogeng perkahwinan anak-anak raja, yang semuanya telah berkahwin dengan orang kebanyakan, dan kelahiran cucu cicit mereka.