Putera William beri amaran ancaman kepupusan hidupan liar

Putera William beri amaran ancaman kepupusan hidupan liar

HANOI, 17 Nov – Putera Britain William hari ini memberikan amaran keras mengenai nasib hidupan liar yang terancam di dunia, memberitahu satu persidangan besar di Hanoi bahawa spesies yang mudah terjejas sedang dibunuh pada kadar yang ‘menakutkan’.

Vietnam adalah pusat global untuk perniagaan produk haiwan haram, termasuk gading, tanduk badak, tenggiling, harimau dan bahagian badan beruang. Negara komunis itu merupakan pengguna utama dan jalan transit popular untuk produk haram dari Afrika yang diseludup ke pasaran Asia lain, terutamanya China.

Bercakap pada Persidangan Hanoi mengenai Perniagaan Hidupan Liar Haram, William menggesa kerajaan di seluruh dunia supaya bertindak segera untuk menyelamat spesies yang mudah terancam itu sebelum terlambat. “Kami tahu kami tidak bertindak cukup pantas untuk menangani krisis berkenaan. Badak, gajah, tenggiling, singa, haiwan itu masih dibunuh dalam jumlah yang menakutkan,” kata beliau.

“Sementara kami telah mencatat kemajuan, pada hakikatnya kami masih ketinggalan di belakang. Seorang lelaki yang bertaruh masih akan membuat pertaruhan pada kepupusan.”

Purata itu, yang telah menjadi pejuang pemuliharaan hidupan liar, menambah data terbaru menunjukkan kemerosotan 30 peratus dalam jumlah gajah di Afrika dalam tempoh tujuh tahun lalu “mengesahkan kebimbangan paling teruk kami.”

Beliau mengingatkan pemburu dan sindiket penyeludupan sudah menjadi semakin canggih dan berkata cita rasa untuk produk hidupan liar seperti gading dan tanduk badak perlu dikawal. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA