Puteri baru Britain inovatif

Puteri baru Britain inovatif

HONG KONG, 3 Mei (AFP) – Puteri baru Britain (gambar) akan mempunyai sikap keras kepala dan inovatif, semangat bebas yang akan memberikan tenaga baru kepada keluarga diraja, tukang tilik Cina meramalkan hari ini.

Puteri kepada Putera William dan Kate telah dilahirkan semalam, dalam bintang zodiak Cina, kambing biri-biri dan dengan elemen peribadi tanah, menurut pengamal lama feng shui.

Kombinasi hari lahirnya adalah ‘sangat kuat’, pakar feng shui Thierry Chow memberitahu AFP.

“Itu menunjukkan dia akan membawa nasib baik kepada keluarganya, dilahirkan dalam tahun kambing biri-biri setentunya membantu mewujudkan kombinasi bernasib baik ini.”

Puteri itu, keempat dalam barisan pewaris takhta, akan berjiwa seni dan bagaimanapun semangat bebas, menurut Mak Ling-ling – seorang lagi tukang tilik Hong Kong.

BRITAIN-ROYALS-BABY

“Dia memiliki bakat seni dan tidak suka berpegang pada status quo, tidak seperti abangnya, yang akan lebih berdisiplin dan tidak banyak bercakap,” tambah Mak, dengan merujuk kepada Putera George yang hampir dua tahun lebih tua, yang dilahirkan dalam Tahun Ular.

Tetapi memandangkan ciri-ciri berdikarinya, puteri itu tidak mahu dikawal, kata Mak lagi, dengan memberi saranan kepada ayahnya, William supaya mengelak memanjakan puterinya itu.

“Puteri itu akan menjadi seorang gadis ceria – seorang yang tidak suka mengikut disiplin. Apabila peraturan diaturkan untuknya, dia lebih suka menjadi dirinya sendiri,” kata Mak.

Belum diberi nama lagi, puteri ini adalah puteri pertama dilahirkan dalam keluarga diraja Britain sejak Puteri Eugenie, puteri kepada putera kedua Baginda Ratu, Putera Andrew, 25 tahun lalu.

“Kelahirannya dalam keluarga akan membantu melancarkan lagi keadaan ibu dan ayahnya, terutamanya dalam kebanyakan aspek kehidupan mereka, seperti pekerjaan, kesihatan dan perhubungan,” Chow berkata, dengan menambah kata puteri ini mungkin terbukti seorang pemidato hebat.

Dia tidak akan menjauhi tatapan awam dan akan membantu imej Windsors, kata Mak lagi.

“Dia akan menarik perhatian semua orang memandangnya, tetapi dia tidak takut keluar di khalayak ramai. Itu adalah baik bagi imej keluarga diraja.”

Dan kehidupannya kemudian, puteri ini akan mempunyai teman lelaki pilihannya, tambah Mak.

“Dia akan cerewet tentang perhubungan. Di sekeliling puteri adalah kesemuanya peminat yang kacak dan berbadan tinggi. Dia akan temui pasangan yang sesuai selepas beberapa perhubungan,” katanya.