Puteri Thai tiba di Kemboja tingkatkan hubungan

Puteri Thai tiba di Kemboja tingkatkan hubungan

PHNOM PENH, 22 Feb ( Bernama) – Puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn tiba di Kemboja pagi kelmarin dalam lawatan tiga hari bagi meningkatkan hubungan dalam bidang pendidikan dan kesihatan antara kedua-dua negara yang berjiran itu, laporan dari agensi berita Xinhua, China.

Puteri itu telah disambut oleh Menteri Pelajaran Kemboja, Hang Chuon Naron dan orang-orang kenamaan lain sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.Sirindhorn telah bertemu dengan Perdana Menteri Hun Sen di Peace Palace kelmarin. Kemudian Puteri Thailand itu akan menghadiri beberapa majlis, termasuk pembentukan sebuah pusat kesihatan di wilayah timur laut Ratanakiri dan majlis penyerahan bangunan sel solar di Institut Teknologi Kampong Ochheuteal, di tengah-tengah wilayah Kampong Thom.

Puteri itu juga akan menghadiri majlis pecah tanah bagi Institut Teknologi Kampong Speu di barat wilayah Kampong Speu.Beliau juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Raja Norodom Sihamoni hari ini.

Maha Chakri Sirindhorn (tengah) dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen (dua, kiri) berjalan pengawal kehormatan lalu sebaik tiba di Peace Palace di Phnom Penh. – AFP
Maha Chakri Sirindhorn (tengah) dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen (dua, kiri) berjalan pengawal kehormatan lalu sebaik tiba di Peace Palace di Phnom Penh. – AFP