Putin gilap imej ‘lelaki lasak’

Putin gilap imej ‘lelaki lasak’

MOSCOW, 19 Ogos – Presiden Rusia Vladimir Putin menggilap imejnya sebagai “lelaki lasak” semalam dengan menaiki kapal selam mini untuk menerokai nahas kapal di perairan pantai semenanjung Crimea yang dirampas oleh Moscow dari Ukraine tahun lalu.

Putin – yang mengenakan baju jumpsuit berwarna kuning air – turun ke dalam air hingga pada kedalaman 83 meter dan duduk bersama-sama jurumudi dalam kabin berkaca kapal selam buatan Belanda.

“83 meter cukup dalam,” Putin memberitahu para wartawan dalam ulasan yang disiarkan di televisyen, selepas penyelaman itu,” ia menarik.”

Orang kuat Kremlin itu turun ke dalam air untuk melihat bangkai kapal era Byzantine di Laut Hitam di perairan Crimea yang termasuklah harta karun tembikar abad ke 10.

Tinggalan itu ditemui di perairan pantai Sevastopol oleh para penyelam Rusia awal tahun ini.

Presiden Putin ketika berada di dalam kapal selam mini C-Explorer 3 di Laut Hitam di luar Sevastopol pada 18 Ogos 2015. – AFP
Presiden Putin ketika berada di dalam kapal selam mini C-Explorer 3 di Laut Hitam di luar Sevastopol pada 18 Ogos 2015. – AFP

“Kapal layar besar yang membawa kargo awam melalui teluk Balaclava,” kata Putin lagi.

“Ia akan masih disiasat oleh para pakar. Saya mesti katakan tidak banyak tinggalan yang serupa seperti ini di utara Laut Hitam.”

Putin terkenal dengan lagak ngeri beliau yang menarik perhatian dalam tempoh 15 tahun menerajui Rusia yang termasuklah terbang dengan kren, menunggang kuda tanpa memakai baju dan membaling damak ke arah spesies harimau terancam.

Pada tahun 2009 beliau turun ke dasar tasik paling dalam dunia, kira-kira 1,400 meter, Baikal dalam sebuah lagi kapal selam mini.

Putin juga menaiki kapal mini boleh tenggelam pada tahun 2013 untuk memperhatikan bangkai kapal frigat laut di lantai Laut Baltik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA