Putin harap perbaiki hubungan Rusia-AS

Putin harap perbaiki hubungan Rusia-AS

MOSCOW, 1 Dis – Presiden Vladmir Putin berkata hari ini bahawa Rusia berharap untuk menormalkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan berusaha untuk berganding bahu dalam memerangi pengganasan antarabangsa.

Bercakap secara langsung, Putin berkata Rusia bersedia untuk mengambil bahagian dalam menangani cabaran-cabaran global jika kepentingannya dihormati.

“Kami tidak mahu konfrontasi dengan sesiapa,” dia berkata dalam satu ucapan yang dihadiri oleh para pegawai dan ahli parlimen di dewan Kremlin.

“Tidak seperti rakan-rakan luar kami yang melihat Rusia sebagai musuh, kami tidak pernah mencari musuh, kami perlukan kawan,” ujar Putin.

“Namun kami tidak membenarkan sebarang pelanggaran dalam kepentingan kami dan mengabaikannya.”

Vladmir Putin ketika berucap secara langsung di dewan parlimen Kremlin. – AFP
Vladmir Putin ketika berucap secara langsung di dewan parlimen Kremlin. – AFP

Hubungan-hubungan Rusia dengan Barat telah menjunam berikutan krisis Ukraine dan peperangan di Syria. Ketika kempen pilihan raya AS, pentadbiran Presiden Barack Obama menuduh Rusia menggodam laman-laman politik Amerika dan akaun-akaun e-mel dalam satu usaha untuk masuk campur dalam undian. Pihak Kremlin bagaimanapun menolak tuduhan-tuduhan itu.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan. Kami telah berdepan beberapa cubaan tekanan luar dengan melihat semua perkara, dari mitos mengenai kekerasan Rusia, (tuduhan) campur tangan dalam pilihan raya kepada pemburuan terhadap atlet-atlet kami,” kata Putin, merujuk kepada skandal doping.

Putin berkata Rusia melihat ke hadapan untuk membaiki hubungan dengan ASN selepas Presiden yang dilantik Donald Trump mula menjawat jawatan.

“Kami bersedia bagi kerjasama dengan pentadbiran baru Amerika,” dia berkata. “Ia adalah penting untuk menormalkan dan membangunkan hubungan dua hala kami dalam dasar yang sama dan saling menguntungkan. Kami mengongsikan tanggungjawab bagi memastikan sekuriti dan stabiliti global dan mengukuhkan rejim pengawalan senjata.”

Putin menambah bahawa Moscow berharap untuk meningkatkan usaha bersama Washington untuk berhadapan pengganasan antarabangsa.

“Askar-askar kami di Syria melaksanakan tugas tersebut,” katanya.

Rusia telah menjalankan kempen udara dalam menyokong Presiden Syria, Bashar Assad, membantu tenteranya, yang terbaru di Aleppo, bandar terbesar Syria sebelum perang.

Putin berkata Rusia kini terbuka bagi sebarang dialog mesra dan sama mengenai keselamatan global. Dia menekankan mengenai krisis penghijrahan Eropah sebagai contoh bahkan “negara-negara yang nampaknya kaya dan rantau yang stabil” berdepan masalah baru. – AP