Putin hos rundingan Timur Tengah

Putin hos rundingan Timur Tengah

MOSCOW, 25 Ogos (AFP) – Presiden Rusia Vladimir Putin menghoskan Raja Jordan dan Putera Mahkota Abu Dhabi di Moscow hari ini untuk membincangkan krisis Syria dan mengambil bahagian dalam pameran Maks-2015 yang mempamerkan industri ketenteraan Rusia.

Raja Jordan, Raja Abdullah II dan orang kuat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Putera Mahkota Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan, melawat Moscow sehari sebelum Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi tiuba di ibu negara Rusia untuk menghadiri upacara ketenteraan Maks-2015.

Meskipun minat asing dalam industri angkasa lepas dan pertahanan Rusia, tiada kontrak antarabangsa dijangka dimeterai sempena pertunjukan berkenaan, jurucakap syarikat import eksport pertahanan Rusia Rosoboronexport, Vyacheslav Davydenko, memberitahu AFP minggu lepas.

Delegasi kerajaan Timur Tengah membanjir Moscow sejak beberapa hari dan minggu lepas, dengan delegasi pembangkang Syria yang menerima toleransi daripada rejim Presiden Bashar al-Assad tiba Ahad lepas bagi rundingan mengenai krisis di negara mereka yang dilanda peperangan.

Vladimir Putin tatkala menyampaikan ucapan perasmian Pameran Penerbangan Awam Antarabangsa dan Angkasa lepas MAKS 2015 di Zhukovsky, di luar Moscow, Rusia, pada 25 Ogos 2015. – Reuters
Vladimir Putin tatkala menyampaikan ucapan perasmian Pameran Penerbangan Awam Antarabangsa dan Angkasa lepas MAKS 2015 di Zhukovsky, di luar Moscow, Rusia, pada 25 Ogos 2015. – Reuters

Pegawai-pegawai Iran juga dijangka berada di Moscow minggu ini untuk memuktamadkan rundingan bagi pembelian sistem pertahanan udara S-300 Tehran dari Rusia, yang sedikit sebanyak mencetuskan rasa terkejut Amerika Syarikat dan Israel.

Lawatan itu dibuat tatkala Rusia, salah satu sekutu rejim Assad di Syria, sudah membaharui usaha diplomatik untuk mencari penyelesaian kepada perang saudara selama empat tahun yang sudah pun mengorbankan kira-kira 240,000 jiwa.

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov baru-baru ini menghoskan rakan sejawatnya dari Arab Saudi dan Iran dalam usaha menyegerakan rancangan bagi perkumpulan lebih luas berbanding pakatan sekarang diketuai Amerika Syarikat untuk menentang kumpulan Negara Islam (IS), yang akan termasuk kerajaan Syria dan para sekutunya.

Bagaimanapun para penentang Assad menolak idea berkenaan.