Putin ikrar akan buat Turki sesal

Putin ikrar akan buat Turki sesal

MOSCOW, 3 Dis (AFP) – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini berikrar yang kepimpinan Turki akan berasa menyesal kerana menembak jatuh salah sebuah pesawat perang Rusia ketika Moscow mengumumkan akan membatalkan rundingan ke atas projek saliran paip gas utama.

Ketika Putin melepaskan kecaman bertubi-tubi dalam perang mulutnya dengan Turki anggota NATO, rakan sejawatannya Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan dia mempunyai ‘bukti’ yang Rusia terlibat dalam perdagangan minyak haram dengan kumpulan Islamic State (IS) di Syria.

Turki telah menjadi rakan pertengkaran antarabangsa utama Moscow selepas ia menembak jatuh sebuah jet Rusia di sempadannya dengan Syria pada 24 November – mencetuskan keradangan di Rusia dan sekatan ekonomi dari Kremlin.

Pertuduhan Erdogan mengenai persubahatan Rusia dengan IS meniru pertuduhan yang dibuat Putin ke atas Turki dan pemimpinnya baru-baru ini.

“Kami tidak akan lupa persubahatan ini dengan pengganas. Kami akan selalu mempertimbang dan sentiasa mempertimbangkan pengkhianatan kepada tindakan terendah dan terakhir. Biarkan mereka di Turki yang menembak juruterbang kami di sebaliknya mengetahuinya,” Putin memberitahu ahli perundangan dalam ucapan negara tahunan, yang juga memfokuskan ke atas serangan udara Rusia di Syria.

(Dari kanan) Presiden Rusia Vladimir Putin, Ketua Turus Kremlin, Sergei Ivanov dan Perdana Menteri Dmitry Medvedev berjalan beriringan selepas ucapan senegara Putin hari ini untuk memberi amaran Turki yang Kremlin merancang untuk mengenakan sekatan selanjutnya untuk menghukum Ankara. – Reuters
(Dari kanan) Presiden Rusia Vladimir Putin, Ketua Turus Kremlin, Sergei Ivanov dan Perdana Menteri Dmitry Medvedev berjalan beriringan selepas ucapan senegara Putin hari ini untuk memberi amaran Turki yang Kremlin merancang untuk mengenakan sekatan selanjutnya untuk menghukum Ankara. – Reuters

Rusia telah menuduh Erdogan dan keluarganya mengaut untung secara peribadi daripada perdagangan minyak dengan IS, yang mengawal sebahagian besar wilayah Syria, termasuk beberapa padang minyak.

“Kami tahu contohnya mereka di Turki memenuhi poket-poket mereka dan membenarkan pengganas menghasilkan wang dari minyak dicuri di Syria,” kata Putin.

“Ia adalah tepat dengan wang ini perompak merekrut penjahat upahan, membeli senjata dan mengatur tindakan pengganas tidak berperikemanusiaan yang menyasarkan warga kami, warga Perancis, Lubnan, Mali dan negara lain.”

Erdogan dengan berang menafikan pertuduhan ke atasnya dan keluarganya serta mengatakan Turki mempunyai bukti yang Rusia adalah, sebenarnya, terlibat dalam perdagangan minyak dengan IS.

“Kami mempunyai bukti di tangan kami. Kami akan mendedahkannya kepada dunia,” kata pemimpin Turki dalam ucapan televisyen di Ankara.

Putin, yang pentadbirannya sudah pun mengumumkan sekatan ke atas Ankara, termasuk tegahan import beberapa makanan Turki dan memperkenalkan semula visa bagi pengunjung dari negara itu, menegaskan Turki akan menyesal dengan tindakannya.