Putin lawat projek jambatan Crimea

Putin lawat projek jambatan Crimea

MOSCOW, 18 Mac (AFP) – Presiden Vladimir Putin menuju ke Crimea hari ini ketika Rusia menandakan dua tahun sejak pengilhakan semenanjung dari Ukraine dalam satu langkah yang dramatik memberi impak ke atas hubungannya dengan Barat.

Orang kuat Kremlin akan memeriksa perkembangan projek jambatan bernilai AS$3 bilion yang menghubungkan Rusia ke Crimea, hubungan penting yang Moscow harapkan akan melanjutkan ikatannya dengan rantau terasing itu.

Beliau juga dijangka akan mengadakan rundingan dengan kepimpinan Crimea berhubung perkembangan ekonomi rantau itu yang sebahagian besarnya terputus akibat sekatan antarabangsa dan pertikaian Moscow dengan Kiev.

Vladimir Putin (kanan) mendengar ketua Agensi Jalan Raya Persekutuan (Rosavtodor), Roman Starovoit ketika mereka memeriksa laluan pengangkutan di seluruh Semenanjung Kerch pada 18 mac. – Reuters
Vladimir Putin (kanan) mendengar ketua Agensi Jalan Raya Persekutuan (Rosavtodor), Roman Starovoit ketika mereka memeriksa laluan pengangkutan di seluruh Semenanjung Kerch pada 18 mac. – Reuters