Putin ‘lebih hebat’ dari Obama

Putin ‘lebih hebat’ dari Obama

NEW YORK, 8 Sept – Presiden Rusia Vladimir Putin adalah pemimpin yang “lebih hebat” berbanding Barack Obama, kata calon presiden Republikan Donald Trump semalam.

Putin adalah “pemimpin lebih baik,” kata Trump dalam temu bual yang disiarkan di televisyen, yang mana dia dan calon Demokrat Hillary Clinton secara berasing ditemu bual berhubung keselamatan kebangsaan dan bukti kelayakan ketenteraan mereka.

Trump tidak berahsia tentang kekagumannya pada Putin, yang tahun lalu memuji ahli perniagaan AS itu sebagai “sangat cemerlang”. Putin “mampu mengawal negara lebih mantap,” kata Trump.

Sebelum Trump bercakap, Clinton juga ditanya tentang kekuatan keselamatan, tetapi juga berdepan soalan tentang skandal e-mel yang terus membayangi usahanya dalam pilihan raya bagi jawatan Rumah Putih.

Penemu bual, Matt Lauer, dari NBC bertanya mengapa tidak “melayakkan” bagi Clinton untuk menangani e-mel kerajaan di server peribadi ketika menjadi setiausaha negara.

“Adalah kesilapan mempunyai akaun peribadi, saya pasti tidak akan melakukannya lagi. Saya tidak ada alasan untuk itu,” Clinton memberi respons, dengan menekankan dia wajar menangani maklumat yang penting tersebut.

Forum itu yang diadakan di dalam pengangkut pesawat udara bersejarah USS Intrepid, yang berlabuh di New York, tidak menemukan para calon secara empat mata, dan Lauer meminta mereka tidak membuang masa untuk saling menghina antara satu sama lain. – AFP