Putin rasmi masjid besar baru di Rusia

Putin rasmi masjid besar baru di Rusia

MOSCOW, 23 Sept (AFP) – Presiden Rusia, Vladimir Putin berada di Moscow hari ini bagi merasmikan salah sebuah masjid terbesar di Eropah dengan memberi amaran ke atas kumpulan jihad ketika kerajaan bimbang berhubung rakyatnya yang bertempur bagi kumpulan Islamic State (IS).

Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan dan presiden Palestin, Mahmud Abbas turut menjadi tetamu kehormat di majlis perasmian masjid seluas 20,000 meter persegi di bandar Rusia itu.

“Masjid itu akan menjadi pusat kerohanian yang sangat penting bagi orang Islam di Moscow dan seluruh Rusia,” kata Putin dalam ucapan yang disiarkan dalam televisyen.

“Ia akan menjadi sumber pendidikan, penyebaran idea kemanusiaan dan nilai sebenar Islam.”

 

Vladimir Putin (kiri) dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan (dua, kanan) mendengar taklimat dari Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Ravil Gainutdin (kanan) semasa meninjau sekitar Masjid Utama di Moscow, Rusia pada 23 September. – AFP
Vladimir Putin (kiri) dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan (dua, kanan) mendengar taklimat dari Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Ravil Gainutdin (kanan) semasa meninjau sekitar Masjid Utama di Moscow, Rusia pada 23 September. – AFP

Masjid berkubah berwarna firus itu boleh memuatkan kira-kira 10,000 jemaah dan salah sebuah yang terbesar di negara yang akan memberi kemudahan kepada anggaran lebih 20 juta umat Islam di Rusia.

Projek bernilai AS$170 juta itu, mengambil masa sedekad untuk disiapkan, disebabkan kontroversi berhubung pemusnahan masjid awalnya yang dibina di tapak tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA