Putin temui Xi, ketika pemimpin lain menuju ke Moscow

Putin temui Xi, ketika pemimpin lain menuju ke Moscow

MOSCOW, 8 Mei (AFP) – Xi Jinping China terbang ke Moscow hari ini ketika kira-kira berpuluh para pemimpin dunia menuju ke Rusia bagi perarakan hebat meraikan kemenangan Perang Dunia Kedua yang tidak diendahkan oleh Barat.

Rusia akan menghamparkan kekuatan tenteranya semasa perarakan Red Square untuk menandakan 70 tahun kemenangan ke atas Nazi Jerman bermula 10:00 pagi Sabtu (0700 GMT) bersama 16,000 tentera dan pertunjukan perkakasan tentera termasuk kereta kebal Armata generasi terbaru.

Xi bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini bagi rundingan yang dijangka untuk menghasilkan kira-kira 40 persetujuan bersama, menurut Kremlin, dengan laporan mengatakan ia mungkin perbincangan mengenai kerjasama tenaga sehingga keselamatan siber.

“Kami sangat gembira untuk melihat rakan China kami pada waktu apabila warga Rusia meraikan kemenangan,” kata Putin semasa permulaan mesyuarat itu, lapor agensi milik kerajaan RIA Novosti.

Presiden Rusia, Vladimir Putin berjabat tangan bersama rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping. – AFP
Presiden Rusia, Vladimir Putin berjabat tangan bersama rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping. – AFP

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan Presiden Serbia, Tomislav Nikolic juga merupakan di kalangan para pemimpin yang tiba hari ini menjelang perarakan itu, sementara Presiden India, Pranab Mukherjee tiba semalam.

Para pemimpin Barat telah memilih untuk tidak menghadiri acara itu ketika mereka terlibat dalam ketegangan pahit dengan Rusia berkaitan dengan krisis Ukraine, namun Canselor Jerman, Angela Merkel akan terbang pada Ahad untuk meletakkan lingkaran bunga dan rundingan bersama Putin.

Lebih 20 para pemimpin negara menyaksikan perarakan itu termasuk Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Presiden Cuba Raul Castro, yang bertemu Putin bagi rundingan semalam, serta Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.

ARTIKEL YANG SAMA