Putin undang pakar Britain bantu analisis kotak hitam

Putin undang pakar Britain bantu analisis kotak hitam

MOSCOW, 9 Dis – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini mengundang pakar Britain untuk membantu menganalisis kotak hitam daripada pesawat perang yang ditembak jatuh oleh Turki, ketika beliau membincangkan krisis Syria dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron.

“Vladimir Putin mengundang pakar Britain untuk mengambil bahagian dalam menyahtafsirkan perakam data penerbangan Su-24,” kata Kremlin selepas temu bual telefon bersama Cameron.

Rusia telah menemui data penerbangan perakam kotak hitam dari jet pejuang dan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu menunjukkan kotak berwarna jingga kepada Putin semasa mesyuarat Kremlin pada malam kelmarin.

Putin mengatakan pada mesyuarat Kremlin bahawa ia seharusnya dianalisis dengan penglibatan pakar asing untuk memastikan laluan dan kedudukan penerbangan pesawat itu, yang Moscow dan Ankara benar-benar tidak bersetuju.

Cameron, yang negaranya minggu lepas melancarkan kempen pengebomannya sendiri di Syria, menyatakan takziah berhubung penembakan itu dan dua pemimpin membincangkan kerjasama, kata Kremlin dalam satu kenyataan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin (kiri) dan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu memeriksa rakaman penerbangan pesawat Su-24 yang ditembak jatuh oleh jet Turki pada 24 November, di kediaman Novo-Ogaryovo di luar Moscow pada 8 Disember. – AFP
Presiden Rusia, Vladimir Putin (kiri) dan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu memeriksa rakaman penerbangan pesawat Su-24 yang ditembak jatuh oleh jet Turki pada 24 November, di kediaman Novo-Ogaryovo di luar Moscow pada 8 Disember. – AFP

“Ia sudah diketahui yang Rusia dan Britain mempunyai pendekatan serupa berkaitan dengan ancaman dari ISIL dan kumpulan pengganas lain yang beroperasi di rantau itu,” kata Kremlin, merujuk kepada kumpulan IS.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan untuk meningkatkan kerjasama ‘dalam konteks ini’, menurut kenyataan itu tanpa memberi butiran selanjutnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA