Puting beliung AS ragut korban jiwa

Puting beliung AS ragut korban jiwa

WASHINGTON, 10 Mei (AFP) – Beberapa puting beliung besar berpusar-pusar di atas Oklahoma semalam, dengan sekurang-kurangnya dua mendarat di negeri Dataran AS, membunuh sekurang-kurangnya dua orang, kata pihak berkuasa dan media AS.

Puting beliung pertama melanda berhampiran Elgin, di daerah Comanche. “Angin kencang dan ketulan hujan batu sebesar limau gedang dilaporkan,” lapor televisyen News9. “Ia hampir satu batu lebar.”

Berhampiran Stillwater, bumbung diterbangkan dari rumah, dan sebuah bas kosong ditiup ke atas dan dibiarkan tergantung di atas sebatang pokok, lapor televisyen.

Puting beliung kedua seterusnya melanda Ninnekah pada kira-kira pukul 4:00 petang waktu tempatan, kata laporan.

Seorang lelaki terbunuh di daerah Garvin, lapor KFOR.Pokok tumbang dan rumah bergerak rebah di daerah Johnston, serta di daerah Murray, kata televisyen KFOR.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, lapor CNN, sementara stesen televisyen tempatan melaporkan ramai orang masih tidak dapat dikesan.

ARTIKEL YANG SAMA