Puting beliung landa AS

Puting beliung landa AS

CHICAGO, Amerika Syarikat, 23 Jun (Reuters) – Satu puting beliung menghancurkan beberapa buah rumah berdekatan Chicago lewat kelmarin, mencederakan beberapa orang dan meninggalkan beberapa yang lain terperangkap, selain memaksa penutupan satu lebuh raya, menurut pegawai cuaca dan penyelamat, menambah memutuskan bekalan tenaga elektrik pada ribuan rumah.

Tindak balas kecemasan di daerah kecil bandar Coal, kira-kira 100 kilometer selatan Chichago, melaporkan rumah-rumah dihancurkan oleh ribut taufan, kata Joe Schroeder, Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Grundy County.

Sekurang-kurangnya tiga rumah telah rosak teruk dalam ribut itu, Brittany Halliday, anak kepada Datuk Bandar bandar Coal Terry Halliday, memberitahu akhbar setempat, the Herald-News.

“Ada beberapa rumah tidak lagi berada di sana,” tambahnya. “Terdapat treler (perahu) di merata-rata tempat. Ia satu kacau-bilau.”

Jalan di lebuh raya berhampiran telah disekat disebabkan tiang elektrik tumbang, Polis negeri Illinois berkata, menambah tiga trak traktor telah terbalik di sana.

Kawasan perumahan yang terjejas dengan puting beliung di Amerika. - AFP
Kawasan perumahan yang terjejas dengan puting beliung di Amerika. – AFP

Sekurang-kurangnya 19,000 pelanggan di kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan kuasa, kata utiliti Commonwealth Edison Co.

Satu “puting beliung sangat merosakkan” telah melanda rantau tersebut, menurut Perkhidmatan Cuaca Negara (NWS) di Chicago.

Laporan kerosakan juga datang dari kampung Sublette, 113 kilometer di timur bandar Coal, pegawai cuaca memberitahu.

Mereka telah mengeluarkan amaran awal ribut taufan di kawasan tersebut, dan memaklumkan bandar berdekatan terhadap ancaman banjir kilat.