Puting beliung melanda Oklahoma

Puting beliung melanda Oklahoma

BANDAR OKLAHOMA, 7 Mei (Reuters) – Siri-siri kejadian puting beliung, termasuklah puting beliung besar melanda barat daya Bandar Oklahoma semalam, menterbalikkan kereta dan mengakibatkan banjir teruk dan beruang-beruang terlepas dari taman eksotik hidupan liar, menurut para pegawai.

Tidak ada laporan segera tentang kecederaan, tetapi beberapa laporan tentang struktur rosak, ketika sistem ribut mengakibatkan cuaca teruk di beberapa negeri Great Plains, menurut para pegawai.

Beruang-beruang terlepas sekejap dari kurungan di taman haiwan selepas puting beliung melanda bandar Tuttle, kira-kira 48 km barat daya Bandar Oklahoma, menurut Pejabat Sherif Wilayah Grady. Para pegawai sebelumnya berkata harimau telah terlepas.

Awal hari ini, para pelancong, penumpang dan kakitangan di Lapangan Terbang Will Rogers World di Bandar Oklahoma telah dipindahkan ke terowong pejalan kaki selama 30 minit ketika ribut melanda kawasan itu, menurut pihak lapangan terbang.

Puting beliung menterbalikkan kereta, menumbangkan talian elektrik dan pokok. Beberapa batang jalan raya ditutup kerana serpihan-serpihan, menurut Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma.

Bumbung bangunan dan rumah yang musnah akibat dibadai puting beliung. – AFP
Bumbung bangunan dan rumah yang musnah akibat dibadai puting beliung. – AFP

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan telah mengeluarkan kecemasan banjir kilat untuk pusat bandar Bandar Oklahoma di tengah ribut dan hujan lebat di kawasan lebih luas. Menurutnya lapangan terbang telah menerima 17.5 cm hujan pada hari itu. Banjir teruk dilaporkan di pusat bandar daerah niaga Oklahoma dan Bandar Selatan Oklahoma, yang mana media tempatan melaporkan tentang mengakibatkan mangsa lemas selepas banjir kilat.

Para pegawai Wilayah Grady berkata 10 buah rumah di bandar berhampiran Amber rosak berserta 25 buah lagi di Bridge Creek. Bandar Selatan Oklahoma melaporkan sebuah hotel di sepanjang Interstate 35 adalah antara struktur-struktur lain yang rosak.

Pasukan bomba memberi respons kepada kejadian berkaitan banjir seperti kereta tenggelam di Bandar Oklahoma selepas kawasan metropolitan menerima turunan lebih 20 sm hujan dalam tempoh 24 jam lalu.

Di bandar berhampiran, Del, para pegawai berkata mereka memulakan penyelamatan dengan menggunakan bot di kawasan yang dilanda banjir.