PYD Kurdis tidak dijemput dalam rundingan Syria

PYD Kurdis tidak dijemput dalam rundingan Syria

PERANCIS, 27 Jan – Menteri Luar Perancis hari ini berkata, utusan khas PBB ke Syria telah memaklumkannya bahawa dia tidak akan menjemput pihak PYD Kurdis Syria untuk menghadiri rundingan damai di Geneva dan kumpulan pembangkang yang disokong Riyadh akan mengetuai rundingan.

“Staffan de Mistura telah menghantar jemputan… kumpulan PYD menimbulkan paling banyak masalah dan De Mistura memaklumkan saya bahawa dia tidak akan menghantar surat jemputan kepada mereka,” Laurent Fabius memberitahu radio France Culture.

Fabius berkata De Mistura juga mengesahkan padanya bahawa kumpulan pembangkang yang ditubuhkan oleh Riyadh akan mengetuai rundingan meskipun penentang-penentang lain mungkin juga hadir.

“Saya telah bercakap dengan Riad Hijab (penyelaras pembangkang), dia akan memberi respons kepada De Mistura dan Ban Ki-Moon pagi ini. Jika saya memahami kedudukan mereka, mereka katakan ya pada rundingan, dan pada waktu yang sama mahu butiran diberikan dari segi siapa yang menyertai, apa yang sedang dilakukan dalam hal kemanusiaan dan apakah yang akan kami bincangkan.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA