Pyongyang akan lancar ujian nuklear lagi

Pyongyang akan lancar ujian nuklear lagi

SEOUL, 15 Mac (AFP) – Pemimpin Korea Kim Jong-Un telah mengarahkan ujian peluru nuklear akan datang dan pelancaran peluru berpandu balistik, yang meningkatkan lagi pertikaian Pyongyang dengan masyarakat antarabangsa beberapa hari selepas dikenakan sekatan keras PBB.

Arahan itu dibuat selepas Kim memantau apa yang disifatkan sebagai ujian simulasi berjaya teknologi kemasukan semula peluru nuklear yang diperlukan bagi serangan nuklear jarak jauh ke atas tanah besar AS, lapor agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA hari ini.

Ketegangan ketenteraan telah meningkat di semenanjung Korea yang berbahagi sejak Korea Utara melancarkan ujian nuklear keempatnya pada 6 Januari, dengan diikuti sebulan kemudian dengan pelancaran roket jarak jauh yang secara meluas dilhiat sebagai ujian balistik penyamaran. Majlis Keselamatan PBB memberi respons awal bulan ini dengan mengenakan sekatannya yang paling keras sehingga kini ke atas Korea Utara.

Sementara itu Pyongyang telah mengekalkan ancaman-ancaman harian serangan nuklear ke atas Seoul dan Washington, kononnya kerana latihan ketenteraan besar-besaran Korea Selatan dan AS yang sedang diadakan yang dianggap Korea Utara sebagai latihan provokasi bagi serangan.

Tentera Korea Selatan memakai topeng gas, bergerak menuju kedudukan yang telah diarahkan semasa satu latihan anti-keganasan di sebuah terminal bas di Seoul kelmarin. - AFP
Tentera Korea Selatan memakai topeng gas, bergerak menuju kedudukan yang telah diarahkan semasa satu latihan anti-keganasan di sebuah terminal bas di Seoul kelmarin. – AFP

Untuk meningkatkan kebolehpercayaan pencegahan nuklear negara masih jauh, Kim berkata ujian ledakan peluru nuklear dan penembakan ‘beberapa jenis’ roket balistik akan dijalankan ‘dalam tempoh terdekat.’ “Beliau mengarahkan bahagian berkenaan untuk membuat aturan awal untuk mereka dengan terperinci.” Menurut KCNA.

Arahan itu dibuat beberapa hari selepas media kerajaan mengeluarkan gambar-gambar Kim bergaya dengan apa yang didakwa peluru berpandu miniatur yang mampu dipasang pada peluru berpandu balistik.

Mengadakan rundingan dengan menteri-menteri kabinetnya hari ini, Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye berkata ancaman Korea Utara yang tidak berpenghujung memperlihatkan ‘pengertian krisis’ di Pyongyang pada penyisihan ekonomi dan diplomatik yang kian meningkat.

“Jika Korea Utara meneruskan provokasi dan konfrontasinya dengan masyarakat antarabangsa dan tidak melalui laluan perubahan, ia akan melalui laluan kemusnahan sendiri.” kata Park.