Pyongyang mantapkan pengangkutan udara

Pyongyang mantapkan pengangkutan udara

SEOUL, 2 Julai (AFP) – Korea Utara telah membuka terminal lapangan terbang barunya di ibu negara, sambil menyifatkannya sebagai menunjukkan “usaha tidak henti-henti” pemimpin Kim Jong-Un untuk meletakkan pengangkutan udara negara itu di peringkat dunia.

Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang yang dikhaskan bagi penerbangan awam antarabangsa, membuka perkhidmatannya semalam, lapor media tempatan.

“Terminal itu dibina dengan cara moden, dari tiang pintu pagar hingga ke lapangan terbang, hingga ruang istirahat, dewan formaliti kemasukan, dewan perkhidmatan dan lain-lain,” lapor Agensi Pusat Berita Korea (KCNA).

Perdana Menteri Pak Pong-Ju berkata pada majlis perasmian, itu ‘mencerminkan kesetiaan mulia, keinginan patriotik bersemangat dan usaha tidak henti-henti Marsyal Kim Jong-Un yang ingin sekali menempatkan pengangkutan udara negara di peringkat dunia yang menepati hasrat pemimpin Kim Jong-II”, menurut KCNA.

Kim Jong-Un mengambil alih pucuk kepimpinan pada tahun 2011 selepas kematian ayahnya, Kim Jong-Il, yang takut menaiki pesawat udara dan membuat perjalanan ke mana-mana dengan menaiki kereta api.

ARTIKEL YANG SAMA