Pyongyang terus berdegil

Pyongyang terus berdegil

BEIJING, 23 Jun (AFP) – Korea Utara ‘tidak memikirkan’ menyambung semula rundingan enam hala berhubung program nuklearnya, menurut pegawai tertinggi Pyongyang hari ini di Beijing, di sebalik gesaan berkali-kali oleh sekutu paling rapatnya, iaitu China.

Korea Utara berundur daripada rundingan itu yang kini terbantut yang bertujuan mengawal program senjata nuklearnya pada tahun 2009, dan tidak lama selepas itu melancarkan ujian nuklear keduanya. Rundingan diadakan oleh China dan termasuklah Korea Selatan, AS, Rusia dan Jepun.

Beijing, pelindung utama diplomatik Korea Utara dan yang juga penyumbang ekonomi, mahu menyambung semula rundingan itu, meskipun Washington, Seoul dan Tokyo kesemuanya mendesak Pyongyang – yang telah melaksanakan dua pelancaran peluru berpandu awal minggu ini – mesti terlebih dahulu mengambil beberapa langkah ketara ke arah penamatan nuklear.

Choe Son-Hui, pemangku ketua pengarah biro hal ehwal Amerika Utara dalam kementerian luar Pyongyang, berkata di Beijing, “Buat masa ini, kami tidak memikirkan tentang menyertai rundingan untuk membincangkan penamatan nuklear DPRK.”

“Di bawah keadaan ini yang mana dasar berseteru AS adalah masih wujud, DPRK tidak dalam kedudukan untuk berbincang tentang penamatan nuklear semenanjung Korea,” dia memberitahu para pemberita dalam bahasa Inggeris di luar kedutaan negara, dengan menggunakan nama rasminya.

Hubungan antara China dan Korea Utara telah menjadi tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ketika Pyongyang telah meneruskan ujian nuklear yang dikecam oleh antarabangsa, dan Kim Jong-Un belum melawat Beijing tiga tahun selepas mewarisi kuasa.

Selepas siri-siri kegagalan dalam beberapa bulan kebelakangan. Korea Utara telah berjaya menguji dua peluru berpandu jarak sederhana Musudan semalam, yang terbang sejauh 400 kilometer ke Laut Jepun.

ARTIKEL YANG SAMA