Qaeda takluk bandar penting selatan Yaman

Qaeda takluk bandar penting selatan Yaman

ADEN, 2 Dis (AFP) – Para pejuang Al-Qaeda menakluk sebuah bandar strategik dari pasukan prokerajaan di selatan Yaman hari ini selepas pertempuran yang mengorbankan sekitar lima belas orang, menurut para pegawai keselamatan.

Para jihad mengawal Jaar di selatan wilayah Abyan, yang merupakan penghubung penting antara bandar selatan Aden dan Mukalla, bandar barat daya wilayah Hadramawt yang ditawan Qaeda, satu sumber tentera memberitahu AFP. Pemberontak yang disokong Iran telah memerangi pasukan prokerajaan di Yaman selama berbulan-bulan, dan penyokong setia pada Julai melancarkan operasi untuk mengambil semula lima wilayah selatan, termasuk Abyan dan Aden daripada pemberontak.