QAF Auto adak...

QAF Auto adakan Pesta Minum Petang Cina

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal BMW di negara ini, hari ini mengadakan Pesta Minum Petang Cina di Bilik Pameran BMW, Beribi.

Tujuan pesta diadakan adalah untuk menyambut Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang di negara ini dengan memberikan pelanggan BMW pelbagai hidangan makanan seperti dim sum, itik bakar, pilihan teh cina dan ais krim untuk kanak-kanak.

Pelanggan juga berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut promosi terbaru Tahun Baru Cina dan uji pandu yang mana pelanggan boleh memenangi hadiah-hadiah istimewa segera.

Antara promosi Tahun Baru Cina, pelanggan segera memenangi pakej percutian sama ada ke Melbourne, London atau Munich bagi setiap pembelian model BMW termasuk penginapan.

Kakitangan BMW, QAF Auto Sdn Bhd bergambar ramai bersama pelanggan-pelanggan yang hadir pada pesta tersebut.
Kakitangan BMW, QAF Auto Sdn Bhd bergambar ramai bersama pelanggan-pelanggan yang hadir pada pesta tersebut.
Antara pelanggan yang turut serta dalam pesta minum petang tersebut.
Antara pelanggan yang turut serta dalam pesta minum petang tersebut.
Antara makanan-makanan yang dihidangkan.
Antara makanan-makanan yang dihidangkan.

Tambahan lagi, para pelanggan secara automatik akan menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah berupa Macbook Pro, iPhone 7, iPad Pro, baucar membeli-belah bernilai $500 atau baucar cenderamata gaya hidup BMW bernilai $500.

Kesemua model BMW didatangkan dengan pakej lima tahun atau 100,000Km BMW Service Plus Repair Inclusive (BS+RI).

ARTIKEL YANG SAMA