QAF Auto lancar BMW X6 M

QAF Auto lancar BMW X6 M

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – QAF Auto, selaku pengedar eksklusif kenderaan mewah jenama BMW di Brunei, hari ini, telah melancarkan generasi kedua BMW X6 M di bilik pamerannya di Beribi, Gadong.

Apa yang menarik pada kereta SAC (Sports Activity Coupe) terbaru ini, ia dikuasakan dengan enjin 4.4 liter V8 M TwinPower Turbo yang dikatakan enjin paling berkuasa dibangunkan bagi model-model pacuan empat roda syarikat itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dengan kuasa kuda 575hp dan tork 750Nm, lebih 20hp dan 10 peratus tork berbanding model sebelumnya, X6 M mampu memecut dalam masa 4.2 saat. Bagaimanapun, penggunaan bahan api dan pengeluaran karbon dioksidanya telah dikurangkan kepada 11.1 liter setiap 100 kilometer dan 258g/kilometer masing-masing.

Enjin ini juga dipadankan dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan dengan Drivelogic dan kuasanya dikawal menerusi xDrive dengan Kawalan Prestasi Dinamik yang mempunyai peredaman boleh dikawal secara elektronik bagi mod Comfort, Sport dan Sport +.

Sementara itu, sistem pengemudi M Servotronic membolehkan pelbagai parameter pengemudi untuk menyesuaikan keinginan pemandu.

BMW X6M di bilik pameran.
BMW X6M di bilik pameran.

Di bahagian dalam, kokpit X6 M mempunyai stereng M dibaluti kulit yang tersendiri.

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan M, BMW ConnectedDrive yang komprehensif dan pilihan Paparan Head-Up berwarna penuh dengan pemandangan M-specific bagi gear dan jarak undur. Aplikasi BMW M lap timer app juga tersedia bagi telefon pintar tertentu dan ia juga boleh diakses menerusi pengawal iDrive.

Turut dilancarkan pada majlis itu ialah barisan BMW X6.

Bersempena dengan pelancaran berkenaan, QAF Auto mengadakan jualan hujung minggu pelancaran selama tiga hari, hingga Ahad ini, di bilik pamerannya, di mana pelanggan akan berpeluang mendapatkan pelbagai model MBMW pada harga tawaran.

Di samping itu, mereka yang membeli mana-mana model BMW sepanjang tempoh itu juga akan menerima jaminan BMW tiga tahun dan barangan dagangan BMW bernilai sehingga $1,000.

Pelanggan yang membuat uji pandu bagi model-model terpilih akan menerima hadiah sepanjang hujung minggu ini.

ARTIKEL YANG SAMA